Resepi Spaghetti Sardines

5 April 2020, hari ni bermulanya PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat). Bermakna, hampir kesemua aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi bermula hari ini. Apapun juga, PKP masih dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020. Suka saya ingin mengingatkan kepada anda semua dan juga diri saya bahawa kita perlu mengamalkan disiplin diri yang tinggi dengan mematuhi arahan PKP, jaga keselamatan diri dan keluarga masing-masing.

     Pada bulan ramadhan kali ini berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Banyak hikmah yang kita perolehi daripada ujian yang menimpa dunia saat ini. Antaranya kita dapat mengelakkan diri daripada pembaziran kerana tiadanya bazar ramadhan. Tatkala kita mempunyai segalanya saat ini, perkerjaan, keluarga dan kewangan yang stabil. Kita perlu bersyukur kerana masih ramai diluar sana yang sedang dilanda kesulitan saat ini, ada kehilangan pekerjaan, kehilangan keluarga, kehabisan wang simpanan dan sebagainya.

    Okay hari ini saya memilih untuk berkongsi resepi mudah, jimat dan yang paling penting sedap. Iaitu Spaghetti Sardin. Actually, saya gunakan sardin dari lauk semalam yang tak habis. Tapi kali ini saya berkongsi resepi menggunakan sardin baru dari dalam tin. I mean, bukan dari lauk semalam ye.




Resepi Spaghetti Sardin

Saiz Hidangan : 6-8 pax

Bahan-Bahan :
- 1 paket spaghetti / angel hair (saya memilih menggunakan angel hair)
- 1 tin sardin bersaiz sederhana 300g (isi ikan dicincang)
- 5-10 biji cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing - diketuk atau ditumbuk kasar)
- 2 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 7 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 2 biji tomato (dipotong dadu)
- 1 sudu kecil lada hitam berperisa (Aji-Shio)
- minyak masak untuk menumis dan merebus pasta
- perasa dan garam secukup rasa

Cara-Cara :
- Didihkan air didalam periuk, masukkan sepaket pasta dan sesudu minyak masak.
- Tunggu sehingga masak. Toskan air, sambil mencurahkan air sejuk ke atas pasta.
- Tumiskan bawang besar, bawang putih, dan cili padi.
- Kemudian masukkan sos sardin dan pasta. Gaul seketika.
- Masukkan tomato, lada hitam, perasa dan garam secukup rasa. Gaul sebati
- Padamkan api dan siap. Boleh dihidangkan.

Sekian, Terima Kasih.
Selamat Mencuba!

Comments