Resepi Creamy Macaroni Cheese
Hi uols.. Hari ni merupakan hari ke-8 kita berpuasa dalam bulan Ramadhan pada musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni dan hari ni merupakan Hari Pekerja sedunia. Dengan ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia termasuk ibu-ibu yang bekerja sebagai suri rumah.
Okay, hari ini saya ingin berkongsi satu resepi mudah iaitu Creamy Macaroni Cheese.
Al-kisah, saya memang jenis selalu membawa bekal ke pejabat untuk sarapan dan makan tengahari. Kebetulan pada suatu hari, ramai pula yang join makan di pantry. Dah ada yang tegur bau sedap, takkan tak offer kan? Haha. Jadinya kita offer lah kepada siapa yang teringin nak rasa. Kemudian lepas masing-masing dah merasa, mereka request untuk open order.
Tadaaa...

Saiz Hidangan : 6-8 pax
Bahan-Bahan :
- 1 paket macaroni
- 1 tin prego cheese & herbs
- 1 kotak susu full cream 200ml
- 1/2 paket daging kisar
- 1 bii bawang holland (dipotong dadu)
- 7 ulas bawang putih (dicincang halus)
- daun sup (banyak mana, terpulang kepada citarasa masing-masing - dihiris kasar)
- 1 sudu kecil chilli flakes
- perasa dan garam secukup rasa
- sedikit minyak masak untuk menumis dan merebus macaroni
Cara- Cara :
- Didihkan air didalam periuk, masukkan sepaket macaroni dan sesudu minyak masak.
- Tunggu sehingga masak, toskan air sambil mencurah air sejuk ke atas macaroni.
- Tunggu sehingga masak, toskan air sambil mencurah air sejuk ke atas macaroni.
- Tumiskan bawang holland dan bawang putih dengan sedikit minyak masak.
- Masukkan daging kisar, goreng sehingga masak.
- masukkan prego, susu kotak dan masak sehingga mendidih.
- masukkan daun sup, perasa dan garam secukup rasa.
- taburkan chilli flakes dan boleh dihidangkan.
*Tips.
1. Semasa pasta ditoskan, perlu segera dicurah air sejuk/air bersuhu room temperature bagi mengelakkan pasta melekat setelah sejuk.
2. Cara mengetahui pasta tersebut telah masak, pasta bertukar warna sedikit pudar dari warna asal.
3. Masak pasta dengan api sederhana. Jika pasta dimasak terlalu lama atau sehingga kembang, rasa dan tekstur pasta menjadi kurang enak dan mudah jemu ketika dimakan.
4. Resepi ini tidak ditambah air kerana mahukan rasa macaroni yang berkrim dan menyelerakan. Anda boleh menambahkan sikit demi sedikit susu full cream dan sedikit perasa sambil memanaskan semula diatas api kecil jika tekstur sosnya menjadi pekat.
Sekian, Terima Kasih.
Sekian, Terima Kasih.
Selamat Mencuba!
Comments
Post a Comment