Resepi Chicken Wrap Mudah

Hi, hari ni sudah hari ke berapa ye kita berpuasa? Ada tak sesiapa yang dah jemu makan nasi? Haha.
Okay, hari ini saya akan kongsikan resepi mudah, semudah ABC. Resepi ini hanya menggunakan enam bahan sahaja. Sangat mudah, jimat, cepat dan menyelerakan. Kot lah ada yang terpinga-pinga kat dapur tu buka tutup peti sejuk, mencari idea tak tahu nk moreh apa atau sahur apa. Disini saya kongsikan.


Resepi Chicken Wrap Mudah
Saiz Hidangan : 5 pax

Bahan-Bahan :
- 1 paket roti roll-up wraps gardenia (5 pcs)
- 3 sudu besar kewpie roasted sesame*
- 2 biji timun kyuri jepun (jika bersaiz besar, gunakan 1 sahaja - dipotong dadu)*
- 2 biji tomato (bersaiz kecil - dipotong dadu)*
- 1 pokok salad romaine (dihiris kasar)*
- 10 pcs nugget ayam (digoreng dan dipotong dadu)

Cara-Cara :
- Gaulkan sebati kesemua bahan diatas (bertanda *) didalam mangkuk.
- Panaskan wrap selama 40 saat di atas kuali pemanas leper dan angkat.
- Letakkan nugget dan bahan yang digaul tadi keatas wrap yang telah dipanaskan.
- Kemudian, lipat wrap dengan kemas (boleh ikut cara penyediaan/lipatan dibelakang bungkusan).
- Siap dan hidangkannya segera.

*Tips
1. Wraps enak dimakan bersama sos life thai.
2. 1 pcs wrap menggunakan 2 pcs nugget ayam.

Sekian, Terima Kasih.
Selamat Mencuba!



Comments