Resepi Puding Karamel


Pada musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni, saya percaya ramai ibu-ibu atau suri rumah yang sedang sibuk mencuba resepi-resepi viral dan memuat naik ke laman media sosial. Ada yang menjadi ada yang tidak. Kebetulan, Perdana Menteri kita sendiri mencadangkan untuk meng-hashtag #masakapatakjadiharini. Perkara ini agak lucu didengari. Tetapi bagi menghilangkan rasa bosan berada di rumah, tidak salah untuk mencuba resepi-resepi baru. Tambahan pula, pada musim PKP ini banyak kedai dan restoran masih lagi ditutup.

     Okay, hari ni saya ingin berkongsi resepi puding karamel yang akan menjadi kegilaan keluarga anda. Sejujurnya saya sendiri dan keluarga penggemar puding karamel. Tetapi kami tidak akan membeli Puding Karamel yang dijual diluar seperti di kedai atau dipasar malam kerana tidak kena dengan citarasa kami. Ada yang terlalu pahit dan ada yang terlalu manis.




Resepi Puding Karamel 


Bahan-Bahan :

(Puding)
- 5 biji telur gred A (jika gred B, 6 biji)
- 1 tin susu cair 400 ml atau 2 kotak susu full cream 200ml
- 150 ml air
- 4 sudu besar gula atau 2 sudu besar gula (jika guna susu full cream)
- 1 1/2 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu besar tepung kastard

(Karamel)
- 5 sudu besar gula
- 2 sudu besar air

Cara-Cara Membuat :

(Karamel)
- Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan sehingga keperangan.

*Tips
Semakin gelap warna gula yang dihanguskan, semakin pahit puding karamel anda nanti.Terpulang kepada citarasa masing-masing. Jika mahukan rasa karamel yang manis. Hanguskan gula sehingga warna kekuningan sahaja. 

- Selepas itu terus padamkan api dan tuangkan karamel ke dalam loyang. Tunggu sehingga sejuk.

(Puding)
- Masukkan kesemua bahan membuat puding kedalam satu bekas / mangkuk.
- Kemudian, kacau perlahan bahan tersebut sehingga sebati.
- Seterusnya, tapiskan adunan sebelum dimasukkan kedalam loyang karamel.
- Kukus selama 45 minit atau sehingga masak dengan api kecil.
- Sejukkan semalaman, kemudian terbalikkan dan boleh dihidangkan.

Sekian, Terima Kasih.
Selamat Mencuba!







Comments