Posts

Showing posts from 2020

Resepi Chicken Wrap Mudah

Image
Hi, hari ni sudah hari ke berapa ye kita berpuasa? Ada tak sesiapa yang dah jemu makan nasi? Haha. Okay, hari ini saya akan kongsikan resepi mudah, semudah ABC. Resepi ini hanya menggunakan enam bahan sahaja. Sangat mudah, jimat, cepat dan menyelerakan. Kot lah ada yang terpinga-pinga kat dapur tu buka tutup peti sejuk, mencari idea tak tahu nk moreh apa atau sahur apa. Disini saya kongsikan. Resepi Chicken Wrap Mudah Saiz Hidangan :  5 pax Bahan-Bahan : - 1 paket roti roll-up wraps gardenia (5 pcs) - 3 sudu besar kewpie roasted sesame* - 2 biji timun kyuri jepun (jika bersaiz besar, gunakan 1 sahaja - dipotong dadu)* - 2 biji tomato (bersaiz kecil - dipotong dadu)* - 1 pokok salad romaine (dihiris kasar)* - 10 pcs nugget ayam (digoreng dan dipotong dadu) Cara-Cara : - Gaulkan sebati kesemua bahan diatas (bertanda *) didalam mangkuk. - Panaskan wrap selama 40 saat di atas kuali pemanas leper dan angkat. - Letakkan nugget dan bahan yang digaul ...

Resepi Spaghetti Sardines

Image
5 April 2020, hari ni bermulanya PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat). Bermakna, hampir kesemua aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi bermula hari ini. Apapun juga, PKP masih dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020. Suka saya ingin mengingatkan kepada anda semua dan juga diri saya bahawa kita perlu mengamalkan disiplin diri yang tinggi dengan mematuhi arahan PKP, jaga keselamatan diri dan keluarga masing-masing.      Pada bulan ramadhan kali ini berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Banyak hikmah yang kita perolehi daripada ujian yang menimpa dunia saat ini. Antaranya kita dapat mengelakkan diri daripada pembaziran kerana tiadanya bazar ramadhan. Tatkala kita mempunyai segalanya saat ini, perkerjaan, keluarga dan kewangan yang stabil. Kita perlu bersyukur kerana masih ramai diluar sana yang sedang dilanda kesulitan saat ini, ada kehilangan pekerjaan, kehilangan keluarga, kehabisan wang simpanan dan sebagainya.     Okay hari ini saya memil...

Resepi Creamy Macaroni Cheese

Image
Hi uols.. Hari ni merupakan hari ke-8 kita berpuasa dalam bulan Ramadhan pada musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni dan hari ni merupakan Hari Pekerja sedunia. Dengan ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia termasuk ibu-ibu yang bekerja sebagai suri rumah.      Okay, hari ini saya ingin berkongsi satu resepi mudah iaitu Creamy Macaroni Cheese. Al-kisah, saya memang jenis selalu membawa bekal ke pejabat untuk sarapan dan makan tengahari. Kebetulan pada suatu hari, ramai pula yang join makan di pantry . Dah ada yang tegur bau sedap, takkan tak offer kan? Haha. Jadinya kita offer lah kepada siapa yang teringin nak rasa. Kemudian lepas masing-masing dah merasa, mereka request untuk open order.  Tadaaa... Resepi Creamy Macaroni Cheese Saiz Hidangan :  6-8 pax Bahan-Bahan :  - 1 paket macaroni - 1 tin prego cheese & herbs - 1 kotak susu full cream 200ml - 1/2 p...

Resepi Puding Karamel

Image
Pada musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni, saya percaya ramai ibu-ibu atau suri rumah yang sedang sibuk mencuba resepi-resepi viral dan memuat naik ke laman media sosial. Ada yang menjadi ada yang tidak. Kebetulan, Perdana Menteri kita sendiri mencadangkan untuk meng- hashtag #masakapatakjadiharini. Perkara ini agak lucu didengari. Tetapi bagi menghilangkan rasa bosan berada di rumah, tidak salah untuk mencuba resepi-resepi baru. Tambahan pula, pada musim PKP ini banyak kedai dan restoran masih lagi ditutup.      Okay, hari ni saya ingin berkongsi resepi puding karamel yang akan menjadi kegilaan keluarga anda. Sejujurnya saya sendiri dan keluarga penggemar puding karamel. Tetapi kami tidak akan membeli Puding Karamel yang dijual diluar seperti di kedai atau dipasar malam kerana tidak kena dengan citarasa kami. Ada yang terlalu pahit dan ada yang terlalu manis. Resepi Puding Karamel  Bahan-Bahan : (Puding) - 5 biji telur gred A (jik...